Berita  |  Hiburan

Hafiz, Artis Serantau Paling Popular APM 2013

Hafiz, Artis Serantau Paling Popular APM 2013
SINGAPURA: Hafiz meraih gelaran Artis Serantau Paling Popular menewaskan nama-nama besar lain dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2013.

Menerusi lagu popular Muara Hati juga, juara Akademi Fantasia 7 itu turut berkongsi dua trofi dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Antara yang bersaing untuk kategori Artis Serantau Paling Popular termasuk Taufik Batisah dan Sleeq dari Singapura, Cakra Khan dari Indonesia dan Shila Amzah dari Malaysia.
Hafiz berkongsi trofi dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza untuk kategori Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Berkumpulan Terbaik untuk lagu Muara Hati.

Shila Amzah menang Lagu Malaysia Terbaik menerusi lagu ciptaannya sendiri, Masih Aku Cinta.

Sementara itu, Cakra Khan menang tiga anugerah menerusi lagu Harus Terpisah iaitu Lagu Terbaik Indonesia, Lagu Serantau Terbaik dan Artis Baru Lelaki Terbaik.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan bagi mengiktiraf kerjaya seni tiga negara serumpun, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Anugerah khas diberikan kepada kumpulan Black Dog Bone yang diketuai oleh vokalis Jatt.

Berlangsung di Singapura, APM 2013 dihoskan Datuk AC Mizal, Adi Rahman dan Sarah Sechan.

Antara yang membuat persembahan ialah Aliff Aziz, Judika, Awi Rafael, Altimet, Amy Search, Bunkface, Stacy dan Jazz Hayat.