HAJAT komposer terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tidak kesampaian.
Menurut anak arwah, Nur Syafrina, 32, bapanya mengalami kesukaran bernafas apabila sampai di hotel dan dikejarkan ke hospital oleh anak keduanya, Megat Mohd Syahraini.
"Sebelum meninggal, abah tidak menunjukkan tanda-tanda mahupun perubahan sikap.
"Ini merupakan kali pertama abah meminta untuk menyambut ulang tahun kelahirannya. Sebelum ini, kami sekeluarga yang akan merancang untuknya.
"Keinginan Allahyarham itu secara tidak langsung membuatkan kami berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan impiannya untuk menyambut ulang tahun kelahiran," katanya kepada Gempak.
Hampir 500 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan artis dan sahabat handai hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat jenazah komposer itu.
Antara rakan artis yang turut hadir ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Noraniza Idris, Wany Hasrita, Syura Badron, Datuk Nassier Wahab, Edrie Hashim, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, selepas solat Asar.
Pak Ngah dikenali sebagai komposer dan pengarah muzik irama tradisional dan pop etnik.
Antara karya hebat ciptaan Pak Ngah adalah Nirmala (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Dikir Puteri (Noraniza Idris) dan lagu Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami) yang popular di Indonesia.
Gempak
Wed Sep 26 2018
Nur Syafrina berkata bapanya mengalami kesukaran bernafas apabila sampai di hotel dan dikejarkan ke hospital. -Foto Gempak
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hajat untuk sambut ulang tahun kelahiran tidak kesampaian - Anak Pak Ngah
Hajat komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tidak kesampaian.