PASANGAN penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam bakal menimang cahaya mata sulung.

Menerusi kemaskini laman Instagram Akim yang memuatnaik gambarnya bersama Stacy dan anak angkat mereka, Bella, vokalis kumpulan Akim and The Majistret itu menyampaikan ucapan hari lahir yang ke-26 buat isterinya, sekaligus mengumumkan yang Stacy kini sedang hamil.

Berikut merupakan kapsyen entri Instagram tersebut:

"Selamat ulangtahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.

"Semoga di hari ulangtahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini," tulis Akim.

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 25, dan Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari lalu di Kota Kinabalu, Sabah.