SELEPAS lapan tahun berkahwin, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Datin Seri Zizie Izette mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kembar.

Perkhabaran itu diumumkan menerusi sebuah entri terbaru dalam akaun Instagram miliknya, @zizieizette dan aktres ini memaklumkan kehamilannya sudah memasuki trimester kedua.

BACA: Bung Mokhtar Radin dan Zizie Izette bakal timang anak kembar

BACA: 'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette

"I want to announce my latest productions. They will debut in Dec / Jan. We're having twins!!!

"Please pray for a smooth and safe pregnancy and healthy babies. We wanted to keep it a secret until we are safely into the second trimester...

"Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today...

"Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity. #secondtrimester#twinpregnancy #blessed #grateful," tulis Zizie.

Rata-rata peminat menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah dan berharap agar urusan kehamilan Zizie dipermudahkan.

Rakan artis seperti Rozita Che Wan, Haiza, Chef Wan dan Daphne Iking turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Zizie.

Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abdul Samad, 39, berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, 58, pada tahun 2009.

Zizie dan Bung turut mempunyai seorang anak angkat yang bernama Naila Nur Jenna.

Teks oleh: Kamaruddin Razal