Harap-harap Hani tidak marah!

Itu adalah antara usikan peminat-peminat drama popular Dia Semanis Honey, setelah Alif Satar – yang memegang watak utama bernama Ahnaf – memuat naik gambar bersama penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.

Gambar yang dirakam ketika majlis pelancaran Creacion Sesuci Lebaran 2016 oleh jenama Creacion by Siti Nurhaliza petang tadi dimana Alif merupakan pengacara majlis turut disertakan hashtag #SweeterThanHoney.

Gambar berkenaan terima pelbagai reaksi, yang antaranya merupakan usikan kepada watak Ahnaf.

“Ahnaf buat hal Hani (lakonan Siti Nordiana). Tengok suami awak. Sampai hati dia curang,” kongsi @ainl.hsna.

@myra_hmira pula berkata: "Abang Ahnaf, jangan buat hal eh? Kena setia! Kesian Kak Hani nanti.”

Sorry Hani.. #SweeterThanHoney

A photo posted by Alif Satar (@alifsatar) on


Peminat yang lain turut berkata renungan Alif di dalam gambar berkenaan boleh mencairkan hati perempuan.

“Ini sudah playboy namanya. Terus cair!” kata @noraliza57.

@normizura pula berkata: “Nak tahu juga apa perasaan Siti Nurhaliza ketika direnung Alif macam itu.”

Siri drama baru 16 episod dibintangi Siti Nordiana dan Alif di saluran Astro Ria.

Ia ditayangkan dari 2 Mei hingga 26 Mei dan hashtag #DiaSemanisHoney sering menjadi trending.

Dia Semanis Honey turut dinobatkan sebagai kata carian terhangat di Google Malaysia untuk Mei 2016.

Sehingga kini, foto tersebut ditanda dengan like sebanyak 14,800 kali. Foto yang sama turut diulang siar di laman Instagram Siti dan menerima like sebanyak 13,500 kali.


Di majlis yang sama, penyanyi nombor satu negara itu turut mendedahkan rekaan terbarunya sempena hari raya iaitu Creacion Sesuci Lebaran.