PELAKON Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila dilabel sebagai wanita jahat hanya kerana mewarnakan rambutnya.

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 32, berkongsi luahan hatinya menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Kata Zara, mereka yang memberikan kata-kata negatif seperti itu tidak layak untuk tentukan hidupnya.

Sebab warna rambut, saya di label wanita jahat. Hurmmm kesian pada yg ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhuhu... bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur. Dan yg penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yg belum tentu lurus jalannya. Good night