Haqiem Rusli tampil segar dengan lagu berbahasa Inggeris

Haqiem Rusli tampil segar dengan lagu berbahasa Inggeris
Ramai tidak menjangka Haqiem Rusli tampak lincah membawakan lagu berirama EDM berbahasa Inggeris.
RAMAI tidak menjangka penyanyi muda bermata kuyu yang sering menyanyikan lagu yang mendayu-dayu Haqiem Rusli sebenarnya mampu menyanyikan lagu berirama EDM dalam Bahasa Inggeris.

Ini adalah cubaan pertama penyanyi yang popular dengan lagu ‘Seperti Tinggal Sayang’ dan ‘Tergantung Sepi’ itu untuk membawakan lagu original dalam Bahasa Inggeris.
Sementara itu, video yang baharu sahaja dimuat naik itu turut menerima komen-komen positif yang memuji keupayaan Haqiem dari segi sebutan, cara nyanyian dan tarian.

Malah ada antara komen yang melihatnya sebagai cubaan penyanyi muda itu untuk memasuki pasaran antarabangsa.

Baru sahaja dimuat naik 3 hari lepas, video berkenaan sudah ditonton lebih 300,000 kali.













Tag: haqiem rusli, MV, lagu melayu, lelaki kiriman tuhan, video twitter, video haqiem, video haqiem rusli, EDM


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.