MELIHAT kepada Instagram milik Altimet, hanya tinggal beberapa keping gambar dan klip video pendek yang masih tinggal.

Hampir kesemua gambar-gambar dan video yang dimuat naik sebelum ini telah dipadamkan daripada Instagram beliau.

"Hari last aku kat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, tu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dalam hard drive aku.

"Aku tutup akaun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu," tulis beliau.

Hari last aku kat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, tu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dlm hard drive aku. Aku tutup akaun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu. #AO #tamat #moveon

A post shared by Altimet (@altimet) on


Nampaknya Altimet sememangnya mengotakan janjinya untuk tidak menjadi penyanyi atau rapper lagi.

Apa-apa pun yang akan dilakukan selepas ini, mungkin sebagai composer, penulis lirik atau yang lainnya, semoga beliau terus menempa kejayaan.