Penyanyi utama Putera Band, Muhammad Haziq Putera dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit dalam kemalangan di Setapak di sini pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika vokalis berusia 19 tahun itu keluar untuk membeli sarapan sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.

Penyanyi remaja itu dipercayai mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kepala dan rusuk kiri patah.

Haziq atau nama lengkapnya Muhammad Haziq Hasbullah, 18, mula mencipta populariti bersama Putera Band pada tahun lalu apabila single pertama mereka berjudul Rebahku Tanpamu ditonton sebanyak 12 juta kali di YouTube.