Henry Golding berlakon di samping Matthew McConaughey, Kate Beckinsale

Henry Golding berlakon di samping Matthew McConaughey, Kate Beckinsale
Golding bakal berlakon di samping pemenang Oscar, Matthew McConaughey dan bintang Underworld, Kate Beckinsale.
REZEKI aktor kelahiran Malaysia, Henry Golding, di Hollywood nampaknya terus mencurah-curah.

Terbaharu, Golding mengumumkan bakal membintangi filem arahan Guy Ritchie, berjudul Toff Guys, melalui akaun Instagram.
Bukan calang-calang kerana Golding bakal berlakon di samping pemenang Oscar, Matthew McConaughey dan bintang Underworld, Kate Beckinsale.

Filem yang skripnya ditulis oleh Marn Davies dan Ivan Atkinson itu mengisahkan pertembungan antara dua generasi industri penyeludupan dadah.

Penggambaran dijangka bermula tidak lama lagi di England, dan Golding meluahkan keterujaan untuk berlakon di bawah arahan Ritchie.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I was bred on Lock stock and Snatch... Can't wait to work with @guyritchie

A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on



Ini bakal menjadi projek besar keempatnya di Hollywood selepas Crazy Rich Asians, A Simple Favor dan Last Christmas.

Tag: Henry Golding, filem, Matthew McConaughey, Hollywood, pelakon, Toff Guys, Guy Ritchie


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.