WHAT TEAM? WILDCATS!

Dengar sahaja laungan ini sudah pasti anda akan teringat dengan filem arahan Kenny Ortega High School Musical ( HSM ) yang dibintangi oleh Zac Efron, Vanessa Hudgens, Ashley Tisdale dan ramai lagi.

Sebelum ini mungkin ramai yang tidak percaya dengan berita tersebut kerana menganggap ia hanya sekadar gimik yang dibuat oleh peminat filem berkenaan kerana rindu akan barisan pelakon-pelakon filem tersebut.

Memetik laporan dari seventeen.com, kelainan HSM kali ini ia akan diterbitkan bukan dalam bentuk filem tetapi siri television sebanyak 10 episod.

Khabarnya, pelakon-pelakon asal HSM juga tidak akan kembali dalam siri ini, sebaliknya, akan menampilkan wajah-wajah baharu yang pasti akan membuatkan anda semua jatuh cinta.

Lagu-lagu yang akan dimainkan dalam siri ini juga dikatakan bakal popular.

Sequel terbaharu ini akan menemui peminat pada 2019 di perkhidmatan streaming Disney.

Pada 20 Januari 2016, HSM telah menyambut ulang tahun yang ke-10 bersama-sama pelakon asal filem tersebut.