Bintang K-Pop dari kumpulan Big Bang, T.O.P, didakwa tanpa ditahan atas kesalahan mengambil dadah jenis marijuana, Oktober lepas.

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 50 juta won (RM189,000) jika didapati bersalah.

Menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap, sebelum sesi mahkamah bermula, Seung-hyun membuat pengakuan bahawa dia menyesal dan bersedia menerima apa sahaja hukuman.

Awal bulan ini, T.O.P dimasukkan ke wad kecemasan kerana berada dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri setelah mengambil dadah jenis Benzodiazepine secara berlebihan.

Doktornya memberitahu, Benzodiazepine merupakan dadah yang biasa digunakan bagi merawat keresahan dan kemurungan.