Malam pembukaan Festival Filem Malaysia ke 27 menyaksikan filem Hungry Ghost Ritual membawa pulang dua anugerah, Penataan Bunyi Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Filem yang memperoleh 13 pencalonan akhir FFM 27, Lelaki Harapan Dunia hanya membawa pulang anugerah Penataan Seni Terbaik.

Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia pula membuat kejutan apabila memenangi anugerah Skor Muzik Asal Terbaik menewaskan saingan daripada filem Terbaik Dari Langit dan Lelaki Harapan Dunia.

Turut membuat kejutan apabila anugerah Lagu Tema Asal Terbaik diberikan kepada lagu ciptaan Yuna yang berjudul "Lautan" menerusi filem Lagenda Budak Setan 3.

Lagu tersebut menewaskan calon kegemaran "Sahabat" oleh kumpulan Pitahati untuk filem Terbaik Dari Langit.

Di majlis yang sama, anugerah Penggiat Belakang Tabir diberikan kepada Mariam Ibrahim, penyunting filem-filem terkenal era 90an yang juga merupakan bekas pemenang Suntingan Terbaik di FFM 12 menerusi filem Amok.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 27 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 5 September ini dan disiarkan secara langsung di Astro RIA.

Senarai Pemenang Malam Pembukaan FFM27

Filem Cereka Animasi Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)

Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)

Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)

Penataan Seni Terbaik - Tunku Mohd Taufek (Lelaki Harapan Dunia)

Penataan Bunyi Terbaik - Winson Poon (Hungry Ghost Ritual)

Pereka Kostum/Busana Terbaik - Elaine Ng & Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)

Kesan Khas Terbaik - Mirage Works (Seventh)

Skor Muzik Asal Terbaik - Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

Lagu Tema Asal Terbaik - “Lautan” oleh Yuna (Lagenda Budak Setan 3)

Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim