Teka-teki mengenai status percintaan Raja Ilya terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dia kini sudah menjadi tunangan orang.

Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh Raja Ilya menerusi entri terbarunya semalam.

Raja Ilya juga memuat naik satu foto yang merakamkan sebentuk cincin di bahagian jari manisnya.

“I SAID YES. On this day my hand is yours to hold and my heart forever for you to keep #imengaged to him #twg, Amin.

“Thank you pada semua yang doa kan untuk ILYA selama ni... Thank you pada semua sahabat, rakan-rakan artis, media dan semua peminat ILYA.

“Thank u so much… Doa anda semua termakbul… Amin #syukur,” tulisnya.

I SAID YES