Ibu pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia jam 12.56 pagi Isnin kerana sakit tua.

Allahyarhamah Norbaiti Suhur, 90, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Berita sedih tersebut turut dikongsi Aznil menerusi akaun peribadi Instagramnya.

“Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan Bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12:56pagi 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437. Harap dapat sama2 doakan kesejahteraan ibu saya di sana. AlFatihah.”

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat pukul 11 pagi tadi. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu dan empat cicit.