Ibu Park Ji-sung maut kemalangan

Ibu Park Ji-sung maut kemalangan
Menurut laporan Allkpop, ibu Park Ji-sung, Jang Myung Ja, menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke hospital. - REUTERS/Fail
IBU kepada bekas pemain bola sepak Manchester United, Park Ji-sung dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hari ini.
 
Menurut laporan Allkpop, ibunya Jang Myung Ja menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke hospital.
 
Kemalangan maut yang melibatkan ibu Ji-sung itu berlaku di United Kingdom.
 
Sehingga kini, Ji-sung masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kemalangan tersebut.
 
Bekas pemain bola sepak yang berusia 36 tahun itu merupakan anak tunggal dalam keluarga.