Berita  |  Hiburan

'Ibu wanita terakhir saya' - Fattah Amin

'Ibu wanita terakhir saya' - Fattah Amin
'Siapa pun pilihan saya, perlu dapat restu ibu bapa terlebih dahulu'. -FOTO Instagram Fattah Amin
PELAKON popular, Fattah Amin, membuat pendedahan bahawa 'wanita terakhir' yang selama ini menjadi inspirasinya adalah ibunya, Azizah Abdul Ghani.

Dalam kemas kini status di laman sosial, hero "Suri Hati Mr Pilot" menjelaskan ibunya ialah wanita istimewa yang menjadi tulang belakang kejayaan yang diperolehnya ketika ini.

Tidak menafikan lagu "Wanita Terakhir" dendangannya adalah ilham kisah cintanya satu ketika dahulu, namun menurut Fattah, segalanya sudah berakhir.
"Sedangkan ibu, wanita pertama dan terakhir, tetap di sini bersama saya di mana jua saya berada, apa jua keadaan saya," tulisnya.


 

Misteri Wanita Terakhir terungkai sudah. Kasih ibu membawa ke syurga. Begitu tinggi darjat seorang ibu hingga syurga sekali pun terletak di tapak kakinya. Tiada restu ibu tiadalah redha Allah. Ini janji Allah. Siapalah kita untuk menidakkannya. #WanitaTerakhir adalah satu siri merchandise dari saya untuk para peminat, yang saya keluarkan sesuai keadaan dan permintaan. Lagu Wanita Terakhir tidak saya nafikan dilhamkan dari episod hidup saya pada suatu ketika dulu pada ketika itu. Episod itu sudah berakhir. Namun kehidupan perlu diteruskan. Sedangkan Ibu, wanita pertama dan terakhir, tetap di sini bersama saya di mana jua saya berada, apa jua keadaan saya. Love you, Ibu. Saya dedicate minyak wangi Wanita Terakhir untuk Ibu. Siri merchandise Wanita Terakhir masih banyak dalam perancangan. Novel baru dilancarkan. Selepas ini dengan izinNya akan ada banyak lagi adaptasi dari novel Wanita Terakhir ini. Kita sama-sama nantikan ya. #WT Saya juga ingin sampaikan nukilan hati saya yang bahawa jodoh adalah di tangan Allah. Sesiapa juga yang bakal menjadi pilihan hati saya, yang paling penting buat saya ialah restu dan redha dari kedua ibu bapa saya. Saya cukup menghargai doa dari para peminat tentang jodoh saya, namun, buat masa ini, biarlah semua itu menjadi rahsia Allah kerana sesungguhnya semua itu adalah perancanganNya dan Dia lah yang paling tahu bilakah masa terbaik untuk saya. Saya yakin dan percaya peminat setia saya akan terus support kerjaya dan perniagaan saya. Fattah sayang anda semua. #sincerelyFattah #QalifModen #inspireFattah #impossibleisnothing #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #buatyangbaikbaik #FattahAmin

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


'Wanita Terakhir' adalah siri cenderahati yang dikeluarkan Fattah untuk para peminatnya dalam pelbagai bentuk.

Selain lagu, turut menggunakan 'jenama' yang sama adalah novel terbaharunya, selain koleksi haruman.

Fattah, 27, yang kini sibuk di lokasi penggambaran "Hero Seorang Cinderella" meminta agar peminat mendoakan jodoh yang terbaik buatnya.

"Saya cukup menghargai doa daripada para peminat tentang jodoh saya, namun buat masa ini, biarlah semua itu menjadi rahsia Allah kerana sesungguhnya semua itu adalah perancanganNya," tulis Fattah.

Sebelum ini, istilah "wanita terakhir" yang digunakan Fattah kerap dikaitkan dengan heroinnya dalam "Suri Hati Mr Pilot", Neelofa.