Pelakon yang dikenali menerusi filem Layar Lara dan Sepet, Ida Nerina mengakui rindu untuk berlakon. Namun, keadaannya yang berkerusi roda membataskan pergerakan.

Dia kini lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di belakang tabir.

Ida menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hikmah apabila dia kini mempunyai lebih masa untuk mengembangkan bakat di belakang kamera.

Pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem "Layar Lara", Ida bagaimanapun sedikit terkilan kerana ketika dia aktif dulu, ada yang tidak menghargai bakatnya.

Terbaru, Ida menggalas tugas sebagai pengarah kreatif untuk himpunan filem pendek "Ikal Mayang" sempena Hari Wanita Sedunia. Pelakon itu juga kini aktif mengarah dan menerbitkan teater.