HASRAT Kanye West untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar perabot terkemuka dunia, IKEA, nampaknya terbantut.

Bukan sekadar menolak, malah IKEA mempunyai cara yang agak menggelikan hati dalam memberi reaksi terhadap hasrat penyanyi hip-hop itu.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook, IKEA memuat naik sekeping imej dan kapsyen yang ditafsir ramai sebagai menyindir West secara halus.

Imej katil yang disambung itu dilihat sebagai satu parodi kepada video muzik lagu Famous nyanyian West.


West sebelum ini pernah membuat pengakuan sangat terinspirasi dengan IKEA dan berhasrat bekerjasama membuat rekaan perabot untuk IKEA.


Jurucakap IKEA pada awal bulan ini memberitahu portal berita CNBC bahawa syarikat itu setakat ini tidak mempunyai rancangan kolaborasi dengan West.