SIAPA tak kenal Steven Spielberg. Penerbit dan pengarah berusia 71 tahun ini tidak pernah lekang dengan idea baharu.

Tidak jemu menguasai teknologi baharu maka tidak hairanlah selepas lebih lima dekad berkecimpung dalam dunia perfileman, Spielberg masih relevan hingga kini.

Ready Player One adalah buah tangan terbaharu pengarah prolifik ini. Berlatarbelakang tahun 2045 ia mengisahkan pengembaraan Wade Watts lakonan Tye Sheridan di dalam dunia realiti maya bernama OASIS.

Menariknya Spielberg berjaya juga menyelitkan beberapa watak dalam trilogi asal Star Wars dalam filem ini iaitu R2-D2 dan X-Wing meskipun berdepan kontroversi dengan pihak Disney

Selain Sheridan filem ini turut dibintangi Olivia Cooke. Simon Pegg, T.J. Miller,Hannah John Kamen dan Ben Mendelsohn.

Filem adaptasi novel tulisan Ernest Cline ini akan ditayangkan bermula 29 Mac ini.