PELAKON Iqram Dinzly menyentuh hati netizen menerusi ucapan hari jadi arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

Tulis Iqram, dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-kata yang pernah diungkapkan pada malam hari jadinya ke-36 tahun lalu.

"Papa oh Papa! Happy Birthday. Maaf tidak bersama kerana Iq (Iqram) sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iq perkatakan melalui penulisan terakhir Iq kepada Papa di malam hari kelahiran Iq yang ke 36 tahun lepas," tulisnya.

BACA JUGA: Mufti Wilayah Persekutuan hadiahkan Iqram Dinzly arnab

BACA JUGA: "Hanya salah faham, tak ada niat buruk" - Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly

Papa oh Papa ! #Happybirthday Semoga #Papa celebrate usia 72 tahun disana dengan cahaya dan perlindungan dari Yang Maha Esa . Maaf kerna tidak bersama . Kerna IQ sedang usaha untok kotakan kata - kata yang pernah iq perkatakan melalui penulisan terakhir IQ kepada Papa dimalam hari kelahiran IQ yang ke 36 tahun lepas dan inilah saat terakhir kita bersama didunia dan InsyaAllah akan jumpa nanti disana . See ya my big baby