Acara anugerah filem Akademi, Oscars yang ke-92 pada tahun ini menampilkan ramai selebriti-yang sungguh bergaya dan berani meragakan koleksi rekaan-rekaan haute couture oleh pereka fesyen pilihan mereka.

Para selebriti yang hadir menggayakan hasil rekaan pereka ternama seperti Oscar De La Renta, Chanel dan Bvlgari. Terdapat juga nama-nama baru di dunia fesyen yang diberi peluang memperagakan gaun ciptaan mereka di acara karpet merah tahun ini.

Mari ikuti peragaan selebriti yang hadir di sesi karpet merah Oscars 2020 di Dolby Theatre, Hollywood.

Berikut adalah enam selebriti di karpet merah Oscars yang menjadi bualan hangat tahun ini:

1. Florence Pugh

.
Pelakon Inggeris berusia 24 tahun ini tampil menggayakan busana rekaan Louis Vutton.

Pugh tampil dengan skirt berasksen ruffles dan dipadankan dengan tali pinggang berunsur monokromatik berwarna biru turquoise.

Busana tersebut dipadankan dengan rantai berbentuk air mata, juga dari Louis Vuitton.

2. Billy Porter
.

Billy tampil dalam balutan gaun rekaan Giles Deacon yang berasal dari United Kingdom. Gaun ini bertemakan warna emas bersama cetakan grafik berwarna oren pada skirt nya.

Gaun yang menjadi tumpuan itu, dipadankan dengan but bertali oleh pereka kasut terkenal, Jimmy Choo.

Pelakon Broadway ini bukan sahaja terkenal dengan penampilannya yang unik dan menarik perhatian ramai di acara-acara karpet merah, namun Porter sering memilih untuk menggayakan busana pereka-pereka fesyen baharu.

3. Zazie Beetz

.

Hadir ke acara karpet merah bersama gaya rambut asalnya yang kerinting dan lebat telah berhasil mendapat tumpuan ramai.

Pelakon berdarah Jerman ini menggayakan gaun dari pereka Thom Browne.

Terdapat jahitan manik dan elemen korset berserta skirt yang berukuran (midi) paras buku lali.

Aktris bagi filem "Joker" ini turut menggayakan aksesori yang kelihatan elegan dengan set perhiasan rantai choker dan anting-anting oleh Bvlgari.


4. Natalie Portman

.

Busana rekaan Dior Haute Couture ini sangat menarik perhatian kerana terdapat nama pengarah-pengarah filem wanita yang tidak tersenarai untuk kategori Pengarah Terbaik tahun ini disulam dengan benang berwarna emas di sisi hadapan (cape) tersebut.

Sebagai seorang feminis dan pejuang hak kesamarataan wanita, ini bukan kali pertama Portman memberi isyarat jelas tentang ketidakpuasan hatinya terhadap kekurangan wakil wanita dalam kategori ini.

Di pentas Oscars dua tahun lalu, Portman pernah mengumumkan calon bagi kategori ini dengan mengucapkan “…berikut adalah semua calon lelaki” dan mendapat reaksi dari ramai pihak.

5. Scarlett Johansson

.

Aktres filem “Marriage Story” yang tercalon bagi anugerah Oscars tahun ini dilihat menggayakan gaun metalik satin berwarna champagne yang memperlihatkan korsetnya.

Direka oleh Oscar De La Renta, gaun ini juga turut memperlihatkan tatu di bahagian belakangnya yang merupakan tatu terbesar yang terdapat di badannya.

6. Saoirse Ronan

.

Pelakon filem Little Women ini menghadiri sesi karpet merah Oscars menggayakan rekaan oleh Gucci.

Turut menarik perhatian adalah aksen peplum pada pinggangnya serta aksesori kelip rambut yang berbentuk lebah, didandan oleh pendandan rambut, Adir Abergel yang pernah menggayakan rambutnya sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada tahun 2016 dan 2018 untuk acara karpet merah Oscars.

Ronan dicalonkan untuk kategori Pelakon Terbaik untuk wataknya sebagai Jo March dalam filem Little Women.

7. Joaquin Phoenix 


.

Di sisi berbeza pula, beberapa selebriti telah mula mengulangi busana untuk beberapa acara anugerah perfileman termasuklah Kate Middleton yang menggayakan gaun Alexander McQueen.

Busana itu pernah dipakainya semasa lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun 2012. Juga, di British Academy Film Awards (BAFTA) beberapa minggu lepas di Albert Hall, London.



Kali ini, kita melihat bintang filem “Joker”, Joaquin Phoenix menggayakan set tuksedo oleh Stella McCartney. Tuksedo ini telahpun dipakai oleh Phoenix sepanjang musim anugerah perfileman.

Tuksedo berbutang satu ini berkolar Grosgain shawl lepel berwarna biru serta bowtie berwarna hitam.

Sebagai seorang aktivis alam sekitar, Phoenix telah memilih untuk menggayakan tuksedo yang sama untuk mengurangkan pembaziran.


Selebriti lain yang memakai semula pakaian ialah Elizabeth Banks, Elena Andreicheva dan Lea Seydoux.

Acara Oscars tahun ini mencatat sejarah baru apabila filem antarabangsa dari Korea Selatan, Parasite, arahan Bong Joon Ho, menerima anugerah bagi kateogori Filem Terbaik, mengalahkan filem-filem bahasa Inggeris seperti 1917, Joker, The Irishman dan beberapa lagi filem yang turut tercalon.

Karpet merah Oscars merupakan platform yang signifikan kepada pereka-pereka fesyen untuk menampilkan rekaan terbaik mereka.

Rekaan itu seterusnya diperagakan oleh selebriti-selebriti jemputan bagi mendapat pengiktirafan dari ahli-ahli di industri fesyen serta khalayak ramai.

Busana manakah yang menjadi pilihan kegemaran anda?

Layari laman web rasmi atau laman Twitter rasmi Oscars untuk melihat busana-busana lain yang digayakan oleh para selebriti yang hadir pada acara tersebut.

BACA: Oscars 2020: Brad Pitt, Laura Dern dinobat Pelakon Pembantu Terbaik