GELAGAT pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat mencuit hati peminat.

Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini.

“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.

“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,”
tulisnya.

Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal.

Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.

Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.

Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.

Selalu dia kacau... sekarang dia pulak kena... apasalah nya ambik wuduk banyak kali