Tutup

Isteri Ammar Alfian selamat bersalin

Isteri Ammar Alfian selamat bersalin
Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan perbutan curang Ammar ketika sedang hamil enam bulan. - Foto Sinar Harian
ISTERI kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam telah selamat melahirkan anak lelaki pada Rabu malam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nelissa menerusi Insta Story di akaun Instagramnya.

"Baby K is here! Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Julai 2019," tulisnya.

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.



BACA: Isteri dedah kecurangan Ammar Alfian ketika sedang hamil enam bulan?
BACA: "Tak tinggal serumah, tapi..." - Isteri Ammar Alfian dedah situasi genting perkahwinan

Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan perbutan curang Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

Biarpun sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu, namun Nelissa mengesahkan mereka masih lagi belum bercerai.