ANGGOTA Running Man, HaHa bakal timang anak ketiga selepas isterinya Byul, kini hamil 10 minggu.

Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, QUAN Entertainment.

“Byul kini hamil 10 minggu, kenalan rapatnya juga tidak mengetahui tentang berita kehamilannya sebelum ini.

“Ini kerana Byul begitu berhati-hati untuk memberitahu mengenai perkara ini kerana kehamilannya masih lagi berada pada peringkat awal,” jelas wakil agensi terbabit.

HaHa dan Byul telah berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Dream (2013) dan So Wool (2017).

Tahniah HaHa dan Byul!