ABBY ABADI mencuri perhatian ramai selepas dia mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini.

Anak yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh itu diambil sebaik sahaja dia meluahkan rasa inginnya untuk mempunyai cahaya mata di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terbaharu, menerusi entri terkininya, Abby Abadi meminta jika ada mana-mana pihak atau ibu yang mempunyai masalah untuk melahirkan serta membesarkan bayi mereka supaya menghubunginya untuk dibantu.

Menurut Abby bayi yang baru lahir tidak minta dilahirkan untuk membawa masalah.

Malah dia meminta agar ibu-ibu yang tidak mahukan bayi yang dilahirkan supaya tidak sesuka hati membuang kerana ramai lagi pihak yang menginginkan cahaya mata.

#MuhammadDaiyanFayyadh ❤️ . Terima Kasih ALLAH untuk ini