Isu 'Stop Dreaming', ini jawapan Neelofa kepada Zahnita

Isu 'Stop Dreaming', ini jawapan Neelofa kepada Zahnita
Pada awalnya, Neelofa tidak mengetahui langsung mengenai kata-kata yang ditujukan oleh Zahnita kepada dirinya. - Foto Instagram/@neelofa
PELAKON dan pengacara popular, Neelofa tidak terasa hati dengan apa yang diperkatakan oleh model Zahnita kepada dirinya.

Menurut Neelofa, pada awalnya, dia tidak mengetahui langsung mengenai kata-kata yang ditujukan oleh Zahnita kepada dirinya.

"Sejujurnya, saya tak tahu kerana sedikit ketinggalan mengenai isu ini. Sampailah ada kenalan saya yang memberitahu saya mengenai perkara terbabit. Dia menghantar komen yang ditulis Zahnita di Instagram itu kepada saya.

"Saya tak terasa hati dengan Zahnita dan apa yan diperkatakan. Saya melihat perkata terbabit dari sudut positif. Saya tak kisah, ia perkara kecil sahaja. Saya faham apa yang cuba disampaikan, tetapi saya rasa pelik," kata Neelofa.
Sebelum ini, Zahnita yang merupakan mentor Neelofa di program Dewi Remaja 2010 mengundang teka-teki ramai apabila memuat naik paparan skrin daripada Instagram pengacara MeleTOP itu dalam akaun peribadinya.

Paparan skrin yang menyaksikan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski itu membuatkan Zahnita, selaku mentor Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.

"Good morning! Hope your having a lovely weekend... lovely weather today.

"Stop dreaming dik! @neelofa wake up and smell the coffee. Cause just across the border, are hundreds of families suffering... big turban... small...???? Anyone care to fill in the blank 

"@chicksforclimate yes... I dare go there," pesan Zahnita.


BACA: "Stop Dreaming Dik!" - Pernah Jadi Mentor Dewi Remaja, Zahnita Bagi Pesanan Padu Untuk Neelofa


Tambah Neelofa, ada baiknya jika Zahnita menegurnya secara berdepan atau persendirian.

"Saya faham apa yang cuba diperkatakan tetapi adalah lebih manis jika dia menghubungi saya secara peribadi, menghubungi pihak pengurusan saya atau mencari orang yang rapat dengan saya untuk menyampaikan perkara terbabit.

 


Tag: Neelofa, Zahnita, jawapan, Dewi Remaja, nasihat


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.