Pelakon baru yang semakin dikenali ramai, Izzue Islam bakal memegang watak utama dalam drama terbaru berjudul “Sahabat”yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria dalam masa terdekat ini.

Pada masa sama, Izzue juga sedang sibuk menjalani penggambaran filem “Suamiku Ustaz” yang diadaptasi daripada sebuah novel.

Menurutnya, sehingga kini dia terbuka untuk menerima sebarang watak yang ditawarkan menerusi drama mahupun filem.

“Saya tidak harap sering menggalas watak-watak yang biasa dilakonkan, malah memandangkan saya masih baru ini adalah masa terbaik untuk saya mempelajari sebarang watak yang ditawarkan dengan hati yang terbuka,” kata Izzue.

Berikut adalah sesi temubual Astro Awani bersama Izzue di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di Sunway Piramid pada Sabtu.



Sementara itu desas desus sesetengah pihak mendakwa bahawa ahli kumpulan Forteen ini telah bertunang dengan pengurusnya Awin Nurin, disahkan benar.

Izzue mengesahkan bakal bernikah dengan wanita pilihannya itu pada 2 Jun ini bersempena tarikh lahir dirinya yang ke-24.