MERIAHKAN Syawal anda dengan mengikuti program-program menarik yang disediakan khas untuk anda.

ASTRO RIA (Saluran 104)

Waktu Siaran

Tajuk

Sipnosis

3 Julai 2016/9.30 Malam

SEDIKIT WAKTU

Kisah bagaimana Aidin, kanak-kanak berumur 8 tahun yang nekad hendak membawa pulang Atuknya yang telah ditinggalkan di Rumah Warga Tua oleh bapanya, dengan anggapan itu adalah tanggungjawabnya memandangkan ibu bapanya sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

Mulai 4 Julai 2016/10 Malam

TUAN ANAS MIKAEL: 5 HARI BERAYA

Selepas Tun Akhiruddin meninggal dunia, Ayu Maisarah terpaksa menjaga TA Holding Sdn Bhd dan Yayasan Ayman Akhiruddin. Jadi dia selalu sibuk dan selalu balik malam. Dia tiada masa untuk menjaga Tuan Anas Mikael elok-elok. Tuan Anas Mikael mula berfikir apa caranya untuk dia kembalikan Ayu kepada password mereka iaitu “Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.

1 Syawal, 6 Julai 2016/10 Pagi

TERSUKA TANPA SENGAJA RAYA

Syed and Farhah dan Armand dan Kat hidup bahagia selepas berkahwin. Syed merancang untuk memperkenalkan Farhah kepada ahli keluarganya yang lain ketika hari raya pertama. Armand dan Syed merancang untuk meminta isteri mereka mmasak sendiri juadah ketika resepsi perkahwinan Armand dan Kat. Farhah tidak yakin untuk melakukannya apatah lagi sibuk menjaga bayinya manakala Kat tidak pandai memasak. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk mengaburi mata suami masing-masing termasuk membeli juadah di bazar.Seminggu sebelum raya, muncul seorang wanita bernama Melissa bertemu Syed. Farhah tidak tahu tentang hal itu. Melissa muncul kembali sewaktu menyambut raya dan mengatakan Syed adalah tunangnya.

1 Syawal, 6 Julai 2016/12 Tengahari

Ola Bola

Sebuah program raya yang merangkumi segalanya. Ola Raya yang berdurasi 2 jam ini memaparkan elemen dan segmen spin-off dari program-program hiburan dari Astro, yang sudah ditayangkan dan yang akan datang seperti Semanis Fondant, Jejak Jepun, Resepi Memikat Suami, Romantika, Seiras Seirama, Stailo Ke Idok?, Papa Hero Saya, Karok La Kau!, Gempak Superstar dan banyak lagi.

1 Syawal, 6 Julai 2016/7.30 Malam

HLIVE SPECIAL RAYA

Inspirasi hlive! Edisi Raya- hos mengunjungi kediaman tetamu istimewa untuk meninjau sambutan hari lebaran dan mengcungkil kisah kejayaan penuh inspirasi.

Motif Viral- membongkar trend terkini untuk musim Aidilfitri dan apa yang viral pada raya tahun ini?

Trek Selebriti – Bersama tetamu selebriti istimewa bagi berkongsi perancangan dan persiapan Raya tahun ini.

LePakNil Raya – PakNil ditemani selebriti jemputan istimewa dalam sesi temubual santai berkisarkan kenangan dan perancangan untuk menyambut lebaran.

Unplugged Raya – Beberapa penyanyi jemputanmembuat persembahan dengan mendendangkan lagu-lagu popular mereka selain lagu-lagu raya dalam sesi jamming.

2 Syawal, 7 Julai 2016/10 Pagi

ISTERI VS TUNANG RAYA

Kemunculan Amira Irdina selepas 3 tahun mula membuatkan rumah tangga Alana Sofea dan Zaim Azfar bergoyang semula. Ini ditambah dengan tekanan yang dihadapi Alana yang masih cuba untuk hamil anak kedua namun belum kesampaian. Amira masih mahukan Zaim walaupun dia sudah bertunang dan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan semula Zaim. Alana mula cemburu dengan kehadiran semula Amira meskipun Zaim meyakinkan dia tidak akan menduakannya lagi.

2 Syawal, 7 Julai 2016/12 Tengahari

GEGAR VAGANZA RAYA

Barisan bintang GV2 kembali untuk menggegarkan raya anda dalam program Rumah Terbuka GV Raya. Berbeza dengan program raya GV tahun lepas,kali ini mereka tampil dalam sebuah rancangan berkonsep muzikal sketch. 12 bintang GV2 berkumpul untuk menyambut raya bersama Nabil & Jihan dengan sketsa,drama spontan dan nyanyian mengikut situasi.Terdapat juga sesi soal jawab bersama hos untuk mengetahui perkembangan & cerita raya bintang GV2. Di penghujung rancangan,bintang GV2 dan penonton akan dikejutkan dengan klip klip esklusif GV2 dan penampilan istimewa daripada artis / selebriti.

3 Syawal, 8 Julai 2016/10 Pagi

SUAMI TANPA CINTA RAYA

Setelah berkahwin Ain dan Zaidan amat bahagia. Disahkan mengandung..kedua keluarga bahagia sekali. Sepanjang kehamilan, Zaidan paling teruk kena tempias orang mengandung. Zaidan mengalami alahan sementara Ain banyak kerenah yang membuat mereka berdua berlalu bertekak. Sahabat mereka dan ahli keluarga turut membantu. Banyak perkara lucu dan cabaran sehinggalah saat menjelang bulan puasa dan raya. Ain buat pertama kali beraya di kampung Zaidan. Hingga akhirnya, Ain bersalin awal dari tarikh sepatutnya dan Zaidan menjadi bidan terjun untuk isterinya. Akhirnya semua terpaksa beraya di hospital.

3 Syawal, 8 Julai 2016/12 Tengahari

MELETOP RAYA

Program khas ini menjemput artis-artis popular untuk berkongsi mengenai Hari raya. Antara artis jemputan adalah Akim, Stacy dan Bella, Anzalna dan suami, Jonaz, Ayda Jebat, Hazama, DeFam dan ramai lagi. Terdapat VT parody khas berkisarkan mengenai Raya zaman dahulu vs Raya zaman sekarang untuk penonton. Terdapat juga kejutan raya di mana artis akan mengenakan peminat dan juga hos mengenakan tetamu jemputan. Di dalam program khas ini juga mengandungi VT yang digelar Tumpang Raya, di mana hos lokasi akan menyambut hari raya bersama artis seperti Bunga Citra Lestari dan suami, Ashraf Sinclair.

3 Syawal, 8 Julai 2016/1.30 Tengahari

AKU RAYA, KAU RAYA, BARULAH RAYA!

Sebuah program permainan realiti di mana pasukan terdiri daripada empat orang (dua pasukan) di dalam sebuah pasukan. Peserta perlu berusaha untuk tiba di "PIT STOP" pada akhir perlumbaan. Peserta akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan kereta atau berjalan kaki. Cabaran-cabaran adalah yang berkaitan dengan Hari Raya dan rutin-rutin harian.

4 Syawal, 9 Julai 2016/10 Pagi

SHA, SHAH & SYAWAL

Sha dan Shah kini mempunyai cahaya mata bernama Syawal dan menikmati hidup bahagia sebagai suami isteri. Namun pasti ada dugaan yang melanda perkahwinan ini.

4 Syawal, 9 Julai 2016/12 Tengahari

DADDY AARON HERO SAYA

Daddy Aaron Hero saya memaparkan sebuah kisah mengenai kehidupan Aaron Aziz sebagai seorang bapa. Kisah bermula di rumah. Bagaimana Aaron Aziz mendidik anak-anak dan rutin harian Aaron Aziz. Aaron Aziz akan membawa keluarga untuk bercuti. Disamping itu, Aaron akan berkongsi tips penjagaan kanak-kanak ketika melancong. Program di akhiri dengan sambutan Hari Raya di rumah Aaron Aziz.

4 Syawal, 9 Julai 2016/1 Tengahari

ROMANTIKA RAYA

Romantika Raya menyingkap kehidupan romantis selebriti-selebriti terkenal tanah air selain perkongsian kisah mereka menyambut hari lebaran.

4 Syawal, 9 Julai 2016/9 Malam

TERPUTUSNYA SEBUAH DOA

Kisah seorang anak yang sangat disayangi oleh ibunya yang selalu mendoakan kesejahteraan anaknya. Sehingga kebenaran mula terbongkar apabila ibunya mengetahui kehidupan sebenar anaknya yang jahil.

5 Syawal, 10 Julai 2016/12 Tenghari

OOPS! RAYA PENING LALAT

Bersama Zizan Razak, Awie, Ayda Jebat, dan Maya Karin mengenakan peminat setia mereka dalam prank yang mengejutkan. Turut menampilkan persembahan eksklusif daripada Dato' Siti Nurhaliza.

6 Syawal, 11 Julai 2016/12 Tengahari

MELETOP KEBABOOM RAYA

Sebuah program khas Raya, MeleTop Kebaboom dihoskan oleh Alif Satar dan Shahrol yang memanaskan studio dengan temubual bersama tetamu, 'game show', 'prank' raya dan segmen berita semuanya berkaitan hari lebaran.

6 Syawal, 11 Julai 2016/10 Malam

DIA SEMANIS HONEY RAYA

Kesinambungan drama bersiri Dia Semanis Honey. Ahnaf dan Hanis akhirnya berjaya mengcapi kebahagiaan berumahtannga, namun Bella masih lagi mengancam kehidupan mereka.

7 Syawal, 12 Julai 2016/12 Tengahari

TERLAJAK PUTEH, NAMPAK! EDISI RAYA

Bagaimana rasanya menyambut Aidilfitri bersama usahawan selebriti popular Malaysia? Datuk Aznil Nawawi akan menjengah ke kediaman Dato’ Alif Syukri, pengasas produk Terlajak Laris dan melihat persiapannya menyambut hari lebaran. Mereka berdua kemudiannya akan mengunjungi kediaman pengasas Nouvelles Visage, Rita Sosilawati sebelum ke Ipoh dan meraikan Raya di rumah baru pengasas Qu Puteh, Dato’ Seri Vida.

8 Syawal, 13 Julai 2016/12 Tengahari

MELETOP EKSKLUSIF BERAYA BERSAMA…

Episod istimewa sempena raya ini menjemput artis-artis popular tanah air untuk berkongsi mengenai pengalamani raya mereka.

9 Syawal, 14 Julai 2016/12 Tengahari

ALIF & GENG LUMBA BALIK KAMPUNG

Alif and Shahrol akan berlumba dari Kuala Lumpur ke Hatyai melalui keretapi KTM. Mereka akan berhenti di stesen-stesen terpilih untuk menyempurnakan cabaran dan kembali ke stesen keretapi seterusnya. Orang pertama yang tiba di Hatyai adalah pemenangnya. Cabaran berdasarkan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

11 Syawal, 16 Julai 2016/10 Malam

DIA SEMANIS HONEY RAYA

Setelah 3 tahun Ahnaf dan Hani mengecapi bahagia, kini kemunculan Fairuz yang cuba untuk memenangi hati Hani merubah segalanya.

ASTRO PRIMA (Saluran 105)

Mulai 4 Julai 2016/6 Petang

RUMI DAN JAWI

Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum.

Semuanya bermula bila Rumi pulang dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Berpegang pada hukum, Rumi ingin merubah hidup keluarganya.

1 & 4 Syawal, 6 & 9 Julai/10 Pagi

AKAK AKAK SANGAT RAYA

Akak Akak Sangat membincangkan tentang apa sahaja yang baru dan terkini dari aspek isu yang menjadi tarikan masyarakat sekitarnya. Dibual lengkap dengan pendapat pengacaranya beserta VT dan temubual subjek dengan kadar bersahaja dan komedi.

Setiap episode akan merangkumi semua/atau segelintirnya dengan segmen-segmen khas yang berikut.

1 Syawal, 6 Julai 2016/2 Petang

AKADKU YANG TERAKHIR SYAWAL

Rumahtangga Rania dan Irham goyah apabila Irham mahu memperisterikan Nawal, teman sekerjanya dengan alasan mahukan zuriatnya sendiri. Selama ini Rania sangka Irham dan Nawal hanyalah kawan sekerja sahaja. Rupa-rupanya mereka berdua telah jatuh cinta. Lebih menyakitkan hati Rania, Nawal sanggup menjadi madunya. Apabila Rania membawa diri, baru Irham sedar yang dia tidak mampu hidup tanpa Rania.

2 & 5 Syawal, 7 & 1o Julai 2016/10 Pagi

BONDA BONDING RAYA

Bonda Bonding merupakan satu rancangan dimana selebriti akan meluangkan masa bersama ibu tercinta.

Di setiap episod, selebriti pilihan akan memilih satu misi yang akan melibatkan beliau dan ibu untuk berjalan-jalan dan tak kira lah apa aktiviti, yang penting perjalan yang mereka lalui adalah untuk sesi Bonda Bonding

2 Syawal, 7 Julai 2016/2 Petang

SEPAHTU – CINTA PLASTIK

Kisah seorang despatch yang ingin beraya tahun ini bersama kekasihnya anak hartawan. Despatch ini ingin mengubah suasana sambutan Aidilfitrinya agar lebih bermakna di tahun ini berbanding raya sebelumnya. Kisah tentang permainan cinta yang berstatus dua darjat.

Seorang despatch (Jep) memikat seorang anak hartawan (Aleysa) dengan strategi yang diaturoleh bapa Jep (Ebby Yus). Kisah ini lebih menunjukkan bagaimana ragam Jep dan bapa Jep yang mengatur strategi untuk memikat Aleysa dengan berbagai karenah komedi hingga berjaya

3 Syawal, 8 Julai 2016/10 Pagi

MASAKLAH KAU RAYA NI!

Program masakan yang menguji kecekapan tuan rumah (selebriti) memanfaatkan apa saja bahan masakan yang tersedia ada apabila mendapat kunjungan tetamu yang tidak dirancang.

Khas Raya ini menampilkan Dato Ramly MS dan Nabil Ahmad (Raja Lawak)

3 Syawal, 8 Julai 2016/2 Petang

TRAGEDI DUIT RAYA

Sakinah pulang ke kampung dengan harapan untuk menggembirakan ibunya. Sakinah merancang untuk memberikan duitraya yang dikumpul bertahun-tahun kepada ibunya. Tanpa disangka dalam perjalanan pulang ke kampung, beg tangan Sakinah diragut oleh Kazim, seorang peragut tegar. Sakinah cuba mengejar peragut itu dengan bantuan dan ihsan seorang pemandu teksi bernama Bakar. Pada masa yang sama, Kazim yang menyelongkar beg Sakinah mendapati sebuah sampul yang berisikan duit dan nota. Nota kecil Sakinah kepada ibunya membuatkan Kazim tersentuh kerana Kazim adalah seorang anak yatim piatu. Kazim berazam untuk memulangkan kembali beg Sakinah

4 Syawal, 9 Julai 2016/2 Petang

CINTA 11 SYARAT RAYA

Haziq yang mengambil kursus perniagaan separuh masa tidak perasan yang dia mula mengabaikan Rasya. Haziq berjanji dengan Rasya yang dia akan pulang ke kampong sehari sebelum raya namun dia telah terperangkap di rumah sendiri apabila Rasya terbawa telefon dan kunci rumah pulang ke kampong. Pelbagai usaha Haziq lakukan untuk melepaskan diri dari rumah sendiri namun tidak berhasil. Rasya yang sedih mula termakan hasutan Jaslene dan mula syak Haziq ada hubungan dengan Malini. Rasya yang tersedar Haziq terperangkap di rumah, berpatah semula pulang ke rumah dan naik angin apabila melihat nama Malina di dalam buku pelawat. Akhirnya mereka berdamai setelah Haziq menjelaskan segalanya. Mereka terpaksa berhari raya di rumah mereka.

5 Syawal, 10 Julai 2016/2 Petang

SIAPA DIRIKU

Sebuah kisah romantik komedi untuk tontonan sesi keluarga. Menampilkan watak heroin seperty Amyra Rosli yang dikenali umum lalu bergandingan pula dengan Sharnaz Ahmad. Terdapat juga watak lain yang menyukai Amyra. Menonjolkan elemen cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan. Memberi pengertian mencintai dan dicintai. Mengejar cinta yang tidak pasti, tetapi cinta yang sudah pasti sedia ada menunggu.

Selain kisah cinta, drama ini juga menonjolkan elemen masakan dan terdapat beberapa resepi masakan yang akan dikongsi bersama penonton. Dengan adanya babak-babak masakan, drama ini akan menjadi lebih unik dan unviersal menepati citarasa Astro yang memerlukan drama yang bercorak sedemikian.

6 Syawal, 11 Julai 2016/10 Pagi

KILAUAN EMAS OTAI AIDILFITRI

Chit chat raya bersama artis-artis Kilauan Emas Otai tentang pengalaman raya, sambutan hariraya dan segala yang berkaitan tentang mereka menjelang Aidilfitri.

Ianya akan diselangi dengan petikan-petikan persembahan serta pengalaman-pengalaman mereka di Kilauan Emas Otai.

6 Syawal, 11 Julai 2016/2 Petang

BILA ARTIS BALIK KAMPUNG BERAYA

Arman, seorang pelakon terkenal di Malaysia, telah diperangkap dengan isu khalwat oleh Baq, iaitu pelakon yang cemburu dengan kerjayanya. Apabila pelbagai syarikat produksi mula memulaukan Arman, ketika hampir masuk bulan ramadhan, Arman merasakan wang simpanan beliau kian berkurang, jadi beliau terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk menenangkan keadaannya atau mengubah gaya hidupnya

ASTRO OASIS (Saluran 106)

6 Syawal, 11 Julai 2016/12 Tengahari

TUMBANGKAN MASJID AL-ANSAR

Kisah seorang Imam tua yang mahu mempertahankan sebuah masjid lama yang mahu dirobohkan oleh pihak pemaju.

1 Syawal, 6 Julai 2016/10.30 Pagi

KEMBARA HADITH OPEN MIC @ JAKARTA

Program bual-bicara bersama individu / selebriti tanah air berkongsi cerita atau pengalaman sendiri yang ada kaitan dengan hadis yang dikongsi dan ianya memberi impak yang mendalam kepada kehidupan mereka.

Mutiara kata dari hadis memberi inpirasi kepada semua orang untuk mempelajarinya dengan cara yang mudah dan secara santai.

Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat memahami apa itu hadis dan mengadaptasikan di dalam kehidupan seharian.

Astro Warna (Saluran 132)

Malam Raya, 5 Julai 2016/9.30 Malam

INI MLM RAYA

Sebuah pentas muzikal menampilkan pelawak pelawak terkenal tanah air dan sketsa bertemakan Hari Raya

1 Syawal, 6 Julai 2016/10 Malam

BOCEY & FRIENDS

Di laman tiga orang anak [ bocey ] sedang bergaduh mahu balik raya rumah atok yang mana satu.Tiba tiba mak keluar dari rumah dan memberitahu mahu balik kampung belah ibunya. Tiba tiba Ayah mereka pulang dalam kesedihan , memberitahu mereka terpaksa membatalkan niat untuk pulang ke kampung kerana pada tahun ini buget mereka kurang.

Mak terpaksa mengambil upah menjahit baju raya dan meminta anak anak nya tolong mengambil kain dan tempahan supaya boleh pulang ke kampung.

1 Hingga 5 Syawal, 6-10 Julai 2016/3 Petang

JUARA PARODI, NYANYI BERSAMA

Versi Karaoke Juara Parodi 2015. Menampilkan himpunan sketsa dan nyanyian mereka dalam setiap episod

3 Syawal, 8 Julai 2016/12 Tengahari

MARK DAN ANA

Segalanya berubah Sejak Mark bertemu Ana, Mark sudah berangan-angan untuk mengahwini Ana. Dia tidak pernah melihat gadis secantik Ana di Filipina. Mark berusaha belajar bahasa melayu walaupun kadangkala bunyinya jadi pelik. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk mengagumkan Ana.

Dengan ukulele buruknya, Mark mula menyanyi. Dia tekad mengumpul duit untuk mengahwini Ana. Dia tidak mahu lagi ditipu Mamat, Dia menyesal kerana percaya kepada mamat untuk berjaya. Dia harus berusaha sendiri.

Karektor Mark yang bersahaja dan comel membuatkan Mark mudah diterima oleh keluarga Ana. Akhirnya semua usaha Mark menampakkan hasil apabila bakal mertuanya percaya dia mampu menjaga Ana. Dengan sekali lafaz Mark dan Ana sah menjadi suami isteri. Apa yang lebih membanggakan Mark berjaya melafazkannya dalam bahasa melayu. Tetapi Mark terkilan kerana tidak dapat dapat bernikah berlatarkan KLCC!

3 Syawal, 8 Julai 2016/10 Malam

SEMBANG TEH TARIK KAW: JOHAN

Sebuah program raya yang merangkumi segalanya. Mega Raya yang berdurasi 2 jam ini memaparkan elemen dan segmen spin-off dari program-program hiburan dari Astro, yang sudah ditayangkan dan yang akan datang seperti Semanis Fondant, Jejak Jepun, Resepi Memikat Suami, Romantika, Seiras Seirama, Stailo Ke Idok?, Papa Hero Saya, Karok La Kau!, Gempak Superstar dan banyak lagi.

4 Syawal, 9 Julai 2016/12 Tengahari

BOCEY MENCECEY

Sebuah komedi pementasan dipetangi oleh Bocey dan kawan-kawan.

11 dan 12 Syawal, 16 & 17 Julai 2016/5 Petang

BAIK PUNYA CILOK (PART 1 & PART 2)

Cerita subahat empat orang sahabat yang merompak orang jahat untuk tujuan menyempurnakan hajat arahan Afdlin Shauki lakonan bersama Awie, Hans Isaac, AC Mizal dan Riezman Khuzaimi

Astro Bella (Saluran 133)

2 Syawal, 7 Julai 2016/7 Petang

HELLO

Ikuti perjalanan hos Shenty Feliziana dan Elly Ariffin menerokai tempat tempat menarik di Casabrina Vacation Villas Fraser Hill sempena episod khas hari Raya.

3 & 10 Julai 2016/7 Petang

EAT CLEAN WITH ANIS (RAYA SPECIAL)

Dalam kehidupan yang sentiasa sibuk, kita punya masa yang singkat untuk menyediakan makanan. Tiada yang lebih sempurna jika kita dapat menyediakan hidangan yang pantas, sihat, seimbang serta berkhasiat. Eat Clean with Anis, rancangan masakan sihat pertama di Malaysia. Pelajari resepi baru yang sesuai untuk disediakan pada Hari Raya bersama Anis dan rakan-rakan selebritinya dalam mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

5 Syawal, 10 Julai 2016/5 Petang

HOME WORKOUT (RAYA SPECIAL)

Program Senaman ringkas yang di hoskan oleh Nana Al Haleq & Sharifah Sakinah. Pelajari jenis-jenis senaman ringan yang sesuai untuk dilakukan pada hari Raya bersama artis jemputan Nana Mahazan.

ASTRO CITRA (Saluran 131)

1 Syawal, 6 Julai 2016/11 Malam

BAJRANGI BHAIJAAN

Filem Bollywood arahan Kabir Khan ini menampilkan bintang hebat seperti Salman Khan, Kareena Kapoor dan ramai lagi. Ia mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan bisu berasal dari Pakistan yang mendapati dirinya telah sesat di India dan tidak tahu bagaimana hendak pulang. Seorang lelaki baik dengan sukarelanya telah membantu kanak-kanak perempuan tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

2 Syawal, 7 Julai 2016/8 Malam

DHOOM 3

Sebuah filem aksi thriller yang ditulis dan diarahkan oleh Vijay Krishna Acharya dan diterbitkan oleh Aditya Chopra. Ia merupakan filem ketiga daripada siri filem popular "Dhoom". Abhishek Bachchan dan Uday Chopra kembali membawa watak mereka sebagai Jai Dixit dan Ali Khan, manakala Aamir Khan dan Katrina Kaif pula membawa watak antagonis.

5 Syawal, 10 Julai 2016/10 Malam

POLIS EVO

Filem aksi komedi yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.

7 Syawal, 12 Julai 2016/11 Malam

JUVANA 2

Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.