Celcom Axiata pada Selasa telah diumumkan sebagai rakan digital untuk OlaBola The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, 8 Februari ini.
Kerjasama itu akan menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini akan dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan penonton di Malaysia.
Dalam satu pratonton khas, media dan tetamu jemputan telah dipertontonkan dengan demonstrasi mengagumkan teknologi yang digunakan dalam OlaBola The Musical, seperti paparan pemetaan #D, bunyi sekeliling 360 darjah, visual animasi dan teknologi pencahayaan paling terkini.
"Kami berbangga menjadi rakan digital rasmi untuk pementasan OlaBola The Musical yang dinanti-nantikan ini. Kisah dalam pementasan ini menggambarkan negara kita dan secara tepat menampilkan kesungguhan, keazaman dan kepelbagaian kita dalam usaha mencapai matlamat bersama.
"Ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi syarikat hiburan terkemuka seperti Enfiniti yang tahu mengenai manfaat menggunakan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih emersif bagi audiens teater," kata Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad.
Bagi Presiden Kumpulan Enfiniti yang juga pengarah dan penerbit OlaBola The Musical, Datin Seri Tiara Jacquelina, penyertaan Celcom Axiata dalam pementasan OlaBola The Musical merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan landskap industri seni kreatif.
"Ini akan membawa teater ke tahap baru, bukan sahaja di Malaysia atau Asia Tenggara, tetapi ia berkemungkinan pertama kali dalam dunia untuk teater melalui pengalaman seumpamanya," kata Tiara.
OlaBola The Musical diadaptasi dari filem pecah panggung 2016, akan menjadi acara pembuka tirai Istana Budaya selepas menjalani proses renovasi, dan akan dipentaskan selama 32 hari, dari 8 Februari hingga 11 Mac ini.
Tiket-tiket bagi OlaBola The Musical ditawarkan pada harga dari RM50 – RM350 dan boleh dibeli di laman web www.olabolamusical.com.
Pelanggan Celcom layak membeli semua kategori tiket pada harga diskaun 20 peratus untuk 500 pembeli tiket pertama.
Madiha Abdullah
Thu Feb 01 2018
Tiara Jacquelina dan barisan pelakon utama OlaBola The Musical bersama Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata, Zuraida Jamaluddin, pada sesi pratonton khas, pada Selasa.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Bursa Malaysia lulus penyenaraian, sebut harga 3.96 bilion saham baharu Digi
Digi menjelaskan mesti terlebih dahulu mematuhi sepenuhnya peruntukan yang relevan di bawah syarat-syarat penyenaraian berkaitan.
Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini
Peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.
Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.
Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata, OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa
Kerjasama itu menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini itu dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan di Malaysia.
Celcom Axiata taja BAM hingga Sukan Olimpik 2020
Celcom Axiata Berhad melanjutkan kontrak selaku penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hingga temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Celcom Axiata akan perkenal tiga produk sebelum akhir tahun
Produk baharu mungkin dalam bentuk segmen pasca bayar, prabayar dan kandungan.