Kementerian Komunikasi dan Multimedia yakin siaran analog dapat ditamatkan sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini bagi peralihan kepada siaran digital, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata proses migrasi analog ke digital itu akan dimulakan pada bulan ini.
"Kita dalam proses menamatkan analog dan berharap ini akan dapat diselesaikan dalam bulan Jun manakala pelancaran televisyen digital akan dimulakan pada bulan ini.
"Tetapi dalam apa juga keadaan, kita yakin sepenuhnya siaran analog akan ditamatkan dalam suku ketiga tahun in," katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) sama ada kerajaan bercadang menamatkan sistem analog di negara ini.
Dalam pada itu, Gobind berkata projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang sedang dilaksanakan MYTV berjalan lancar yang mana liputan siaran Digital Television Terrestrial (DTT) telah mencapai sehingga 98 peratus kawasan berpenduduk pada hari ini.
Beliau berkata MYTV juga telah menyediakan perkhidmatan liputan siaran 'Direct to Home' (DTH) melalui siaran satelit, bagi meliputi kawasan terlindung di seluruh Malaysia.
"Liputan siaran TV digital boleh dinikmati oleh rakyat diseluruh negara pada hari ini sekiranya penonton memasang peralatan dekoder TV dan aerial UHF pada set TV sedia ada atau membeli set TV yang dilengkapi dengan peralatan dekoder (iDTV) atau set dekoder DTH," katanya.
Tambahnya, setakat 30 Mac lalu, MYTV telah selesai mengagihkan sejumlah dua juta dekoder merangkumi 1,651,333 dekoder DTT dan 24,482 set dekoder DTH kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) berkelayakan.
Beliau menjawab soalan asal Hasan mengenai sama ada MYTV akan diteruskan dan apakah hasil rundingan antara MYTV dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Mengulas lanjut, Gobind berkata rundingan antara MYTV Broadcasting Sdn Bhd dan TM berhubung beberapa isu komersil telah diselesaikan pada 30 Nov tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata proses migrasi analog ke digital itu akan dimulakan pada bulan ini. - Gambar hiasan
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.