PELAKON Sharnaaz Ahmad pada awal pagi tadi (Isnin) memohon para peminat dan pengikut Instagram (IG)nya untuk sama-sama mendoakan Jebat Jayden Ahmad.

Menerusi perkongsian tersebut Sharnaaz memberitahu, anaknya kini berada dalam keadaan kurang baik.

“Doakan anak saya selamat…@jebatjayden dalam keadaan kurang baik. Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad dan mengharapkan doa serta keberkatan bulan Ramadan,” tulisnya.

Posting tersebut turut mengundang simpati netizen dan rata-rata mendoakan kesihatan Jebat Ayden serta meminta Sharnaaz dan isteri tidak berhenti mendoakan Jebat Jayden.

Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas itu Sharnaaz memuat naik sebuah lagi posting yang menyatakan kasih saying terhadap anak lelakinya itu.

Melihat kepada posting tersebut, jelas menggambarkan kerisauan seorang bapa terhadap anaknya.
“I love you sayang…Doakan Jebat na…I am half brave then you my boy…Your name make you so strong Insya-Allah…Strong like your name my Jebat, our Jebat…Baba love you so much,” tulisnya.

Walau apapun yang sedang dilalui Jebat Ayden, sama-sama kita doakan agar bayi ini diberi kesembuhan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.