BEKAS bintang sitkom Friends Jennifer Aniston dinobatkan Personaliti Paling Cantik 2016’ oleh majalah antarabangsa. People.

Aniston teruja dengan pengiktirafan ini kerana kali terakhir beliau merangkul gelaran ini pada 2004.

“Definisi kecantikan bagi saya telah berubah sejak beberapa tahun.

“Kini ia lebih kepada mempelajari untuk mencintai segalanya tentang diri anda, dan bukan sahaja tentang memakai pakaian yang cantik dan tentang kecantikan luaran,” kata Aniston kepada majalah itu.

Pelakon berusia 47 tahun itu kini sedang sibuk mempromosikan filem komedi terbaharunya ‘Mother’s Day’ yang turut membintangi pelakon terkenal Julia Roberts.

Sandra Bullock dinobatkan sebagai ‘Personaliti Paling Cantik’ pada 2015 dan Lupita Nyong'o pada 2014.