Jihan Muse kejung, berubah jadi Star Trek bertemu Siti Nurhaliza

Jihan Muse kejung, berubah jadi Star Trek bertemu Siti Nurhaliza
Jihan juga mengaku lututnya menggigil apabila perlu berzapin di depan Siti. -Foto Gempak
PENGACARA dan pelawak Jihan Muse mengakui dia merupakan peminat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza semenjak tahun 1996.

Menerusi Instagram miliknya, Jihan telah memuat naik foto bersama Siti beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Dalam kapsyen gambar terbabit, Jihan mendedahkan walaupun selalu berjumpa dan bekerja bersama Siti, tetapi apabila duduk berhadapan dengan Siti, dia akan berubah menjadi kejung.
Jihan memberitahu dia juga pernah menghadiri uji bakat menjadi penari joget lambak untuk program Ole-Ole Siti Nurhaliza.
 

Jihan juga mengaku lututnya menggigil apabila perlu berzapin di depan Siti.

Entri tersebut telah menarik perhatian Siti dan penyanyi lagu Anta Permana itu sempat meninggalkan komen.

"Comelnya," tulis Siti.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat keterujaan Jihan apabila bertemu dengan Siti ketika di program MeleTOP baru-baru ini.


Tag: Siti Nurhaliza, Ole-Ole Siti Nurhaliza, Jihan, Instagram, kejung, joget lambak, menggigil, zapin, Anta Permana


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.