JIMMY OSMOND anggota keluarga termuda dalam band The Osmonds yang pernah popular sekitar tahun
1970-an kini masih dirawat di hospital selepas diserang angin ahmar (stroke).

Berita duka yang menimpa artis berusia 55 tahun itu turut dikongsi oleh adik-beradiknya yang juga pernah sama-sama menempa kemasyhuran, Donny dan Marie yang meminta peminat mendoakan kesejahteraan adik mereka.

"Thank you all for your thoughts and prayers on behalf of my little brother, Jimmy. I love you, brother,"kata Donny dalam mesej yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya.

Berkongsi kedukaan yang sama, Marie juga mengharapkan peminat-peminat The Osmonds agar berdoa dan memberi sokongan kepada Jimmy yang jatuh sakit selepas mengadakan persembahan pantomin Peter Pan di

Dikejarkan ke hospital sebaik selesai mengadakan persembahan sebagai Kapten Hook dalam pementasan itu.

Ini merupakan kali kedua Jimmy diserang stroke selepas kali pertama kira-kira 15 tahun lalu.

Jimmy merupakan antara contoh artis yang membina nama sebagai selebriti berpengaruh pada usia semuda sembilan tahun apabila lagu nyanyiannya, Long Haired Lover From Liverpool pada 1972 popular di seluruh dunia.

Selain dikenali sebagai penyanyi solo, nama Jimmy juga sangat tersohor sebagai anggota kumpulan The Osmonds yang mencipta fenomena di era 1970-an.

Jimmy yang berkahwin engan Michelle Larson pada 1992 dikurniakan empat orang anak iaitu Isabella Olive Renee Osmond, Arthur Wyatt Osmond, Sophia Michele Osmond and Zachary James Osmond.