PENYANYI Bumiputra Rockers, kumpulan rock terkenal di era 80an dan 90an, Joey BPR atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 56, dilaporkan patah empat tulang rusuk selepas terbabit dalam kemalangan pada Khamis.

Menerusi laman Facebook milik Joey, dia berkata kemalangan tersebut berlaku di hadapan sebuah stesen minyak berdekatan MRR2 di Ampang, Selangor.



Menerusi muat naik statusnya, Joey berkata mengalami kecederaan serius apabila imbasan X-Ray menunjukkan terdapat empat tulang rusuknya patah.

Bagaimanapun keadaanya setakat ini stabil dan dia mengadu mengalami kesakitan ketika batuk dan bersin.