Jumlah tontonan, rating Anugerah Grammy 2019 meningkat

Jumlah tontonan, rating Anugerah Grammy 2019 meningkat
Penampilan kumpulan K-Pop, BTS turut jadi tumpuan sepanjang anugerah tersebut. - Foto Reuters
ANUGERAH berprestij Grammy 2019 catat jumlah peningkatan tontonan tahun ini. 

Anugerah yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan) itu catat 19.9 juta tontonan berbanding 2018 dengan 19.8 juta tontonan. 

Ia merupakan jumlah tontonan dalam kalangan penonton berusia 18 hingga 49 tahun.

Jumlah tontonan pada 2018 merupakan rekod tontonan terendah anugerah gilang gemilang itu.
Bukan itu sahaja, anugerah tahun ini turut catat peningkatan rating kepada 12.8 berbanding 12.7 tahun lepas.

Antara yang berjaya curi tumpuan sepanjang majlis itu berlangsung adalah kemunculan istimewa Michelle Obama.

Dalam kesibukan menjelajah mempromosikan buku biografinya, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu tampil bersama selebriti Lady Gaga, Jada Pinkett Smith dand Jennifer Lopez di pentas anugerah berpengaruh itu.

BACA: Michelle Obama buat kejutan di Grammy 2019

Selain itu, penampilan kumpulan K-Pop, BTS turut jadi tumpuan sepanjang anugerah tersebut.

Limpahan mesej berkicauan di laman Twitter dengan hashtag #TearItUpBTS sebagai tanda sokongan dan kebanggaan buat BTS kerana menjadi bintang pop Asia yang mencetus trending di celah-celah kegemilangan Hollywood yang selama ini mendominasi pasaran muzik dunia.

BACA: #TearItUpBTS: Segala-galanya kerana ARMY


 

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi country, Kacey Musgraves menerusi album Golden Hour menang besar pada malam tersebut.

Antara nama lain yang turut membawa pulang trofi adalah Lady Gaga, Cardi B dan Childish Gambino.