PASANGAN artis antarabangsa, Justin Timberlake dan Jessica Biel, dilaporkan baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Menurut laporan media antarabangsa, Biel, 38, melahirkan seorang bayi lelaki, awal minggu ini.

Tiada sebarang berita mengenai keadaan Biel yang mengandung dilaporkan sebelum ini.

Pasangan itu sudah mempunyai seorang anak lelaki, Silas yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan daripada kedua-duanya berhubung berita itu.

Timberlake dan Biel kali terakhir dilihat bersama pada Mac lalu menerusi satu foto yang dimuat naik ke akaun Instagram.

Mereka dilaporkan menghabiskan masa di kediaman mereka di Big Sky, Montana, sejak perintah berkurung akibat COVID-19 bermula.

Disember lalu, Timberlake, 39, mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka selepas dilihat mesra dengan pelakon, Alisha Wainwright.

"Ia satu kesilapan di pihak saya. Saya minum terlalu banyak malam itu tetapi tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

"Ini bukan contoh yang saya mahu tunjukkan kepada anak saya. Terima kasih kepada isteri dan keluarga yang memahami dan saya berazam mahu menjadi suami dan bapa yang lebih baik selepas ini," katanya.