PELAKON Rozita Che Wan mendedahkan saban tahun dia sekeluarga akan mengadakan rumah terbuka di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah pada hari raya keempat.

Namun, seperkara yang pasti Che Ta akan menempah perkhidmatan katering bagi menyediakan juadah istimewa sempena Syawal.

"Memang menjadi kelaziman tiap-tiap tahun kami buat open house dan biasanya tempah katering sahaja kerana jumlah orang yang datang nanti ramai juga.

"Kalau nak masak memang tak dapatlah sebab saya nak melaram... haha," tutur Che Ta berjenaka.

Sambutan Syawal tahun ini kata Che Ta akan dimulakan di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan pulang ke Kedah kemudiannya.

Berkongsi tradisi Syawal keluarganya, Che Ta tidak terlepas untuk menyediakan duit raya untuk adik-beradik dan 20 orang anak saudaranya setiap tahun.

Bahkan, pasangan adik-beradiknya beruntung kerana turut mendapat duit raya daripadanya.

"Memang tiap-tiap tahun saya bagi duit raya pada adik-beradik.

"Sudah menjadi macam tradisi pula saya sebagai kakak. Jadi untunglah Lan Pet Pet, Zaquan semua dapat duit raya!," ujarnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rozitachewan1