SATU video yang memaparkan seorang seorang kanak-kanak lelaki menangis kuat menjadi viral di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai netizen yang mahu tahu kisahnya.

Dalam video yang dikongsi penceramah bebas yang juga personaliti TV terkenal, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, kanak-kanak tidak berbaju itu merangkak sambil meraung sebelum aksinya itu dirakam.

Netizen beranggapan kanak-kanak itu menjadi mangsa dera atau takutkan sesuatu.

Kerasukan yg paling teruk

A post shared by Sifu Hanafi (@ustazhanafiah) on


Bagaimanapun, di penghujung video tersebut membuatkan netizen ketawa apabila melihat kanak-kanak itu sebenarnya menangis kerana mahu makan durian.

Memang mengelikan hati sebaik melihat kanak-kanak itu terus senyap daripada menangis selepas mendapat durian yang diberikan dalam bekas.

Musim durian ketika ini rupanya bukan saja diminati ramai termasuk kanak-kanak sehingga ada yang meraung kerana mahukan Raja Buah itu. - Teks oleh: Elrafaei Sapi