Berita  |  Hiburan

KARYAWAN tolak kempen Switch Off '14

KARYAWAN tolak kempen Switch Off '14
KARYAWAN tolak kempen Switch Off '14
KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengambil pendirian tidak menyokong kempen “Switch Off” yang dianjurkan oleh beberapa pihak dalam industri perfileman.

“Yang pertama kita tidak faham apa objektif mereka” kata Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan.

“Yang kedua, sekiranya ada apa apa masalah dalam industri kita harus duduk sama sama dan bincang bagaimana nak atasi nya, dan bukan mengadakan protes seperti ini, yang kami rasa terlalu negatif dan tidak membawa apa apa hasil.
“Nampak nya mereka ingin membuatkan perkara yang sensasi untuk mendapat perhatian, tanpa fikirkan kesan dan imej negatif yang di bawa kepada semua penggiat filem apabila perkara sebegini berlaku” tambah beliau.

“Jika pembayaran kepada krew krew filem tidak berpatutan dan terlalu rendah mereka harus mengadakan rundingan dengan penerbit untuk menetapkan kadar bayaran yang adil dan saksama. Tetapi ironinya ialah penerbit sendiri yang menjadi penganjur kempen ini. Kenapa dia tidak mengeluarkan kenyataan menyeru semua penerbit menaikkan bayaran kepada krew? Dan sebelum ini persatuan yang mewakili krew pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau aduan tentang perkara ini ” tambah beliau.

“Bagi Karyawan kami sudah mengambil langkah langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan dalam industri dengan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Penerbit Filem, PFM dan telah menwujudkan deraf Kontrak Standard untuk penggiat industri yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi”

“Selain itu kami juga telah mewujudkan portal artistexchange.com.my untuk membantu penggiat industri mencari pekerjaan” tambah beliau.

“Inilah yang di harapkan dari persatuan. Bukan asyik memberontak dan membuat protes tetapi kerja proaktif yang akan menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk semua penggiat industri kreatif. Saya berharap penggiat filem tempatan tidak menyokong usaha negatif seperti “Switch Off ” ini yang tidak akan membawa apa apa manfaat kepada industri sebaliknya menunjukkan betapa ceteknya fikiran beberapa pemimpin dalam industri yang tidak mampu menyelesaikan masalah industri dengan cara yang professional” ujar beliau.

- Persatuan Karyawan Malaysia