Tutup

Kassim Masdor selamat dikebumikan

Kassim Masdor selamat dikebumikan
SINGAPURA: Jenazah komposer veteran, Kassim Masdor selamat dikebumikan di pusara abadi Lim Chu Kang, Singapura pada 2 petang tadi.

Majlis pengebumian Allahyarham turut dihadiri bekas isteri Jamilah Hamid, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Kassim, 76 tahun meninggal dunia pada selasa ketika sedang dirawat di hospital Singapura akibat diserang asma empat hari lalu.

"Ye la rasa sedih jugalah bukan apa bukan setahun dua dengan dua sebelas tahun, ada satu anak la dengan dia, dia orangnya baik tapi itulah dia dengan kawan-kawan tak banyak cerita la macam kadang-kadang dia kalau buat lagu apa-apa tu dia selalu lah tanya saya macam mana, berkongsi nanti saya akan pilihkan ini penyanyi ini penyanyi lagu itu aja lah, ada sayu lagu, lagu tu yang beriramanya lagu filem lagu apa Seri Dewi Malam, dia kata Mila lagu ni sapa yang bagus nyanyi, saya cakap yang ini kalau yang bagus suara nya kena Ani la sapa kita panggil Ani, Sharifah Aini, dia lah, itu lah terus nama dia naik, abis ada lagu Sanisah pun dia bikin, saya yang pilihkan sapa yang nak nyanyi," kata Jamilah kepada Astro AWANI.
Sementara itu, komposer Yusnor Ef menyifatkan beliau kehilangan rakan baik yang banyak memberikan kepercayaan kepadanya untuk menulis lagu.

Yusnor menyifatkan Kassim seorang yang cerewet dalam menghasilkan lagu untuk memastikan karya yang dihasilna terbaik.
"Dia orangnya cerewet setiap lagu zaman kita dulu lagu datang dulu bukan lirik bila dah dapat melodi and then baru saya masukkan lirik dia pun cerewet tukar sana tukar sini, i lost my close friend la," katanya.

Sementara balu Allahyarham S.Shamsuddin, Puteh Ismoon mengakui sedih dan terperanjat bila mendapat berita kematian Kassim yang dikenali sejak kecil.

"Saya kenal anak dia kecil-kecil lagi bukan baru ni kenal dia dah macam adik-beradik kita dengan dia satu kampung itu kita tau, dengan kematian dia saya terperanjat macam tak percaya ingat nak pergi hospital tak sempat nak tengok dia, dengar-dengar dia dah meninggal betul saya teperanjat," katanya.

Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak 1973 meninggalkan lima anak, 18 cucu dan empat orang cicit.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem terbitan Shaw Brothers termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.