RATU Cantik Filipina, Pia Alonzo, boleh dikategorikan sebagai antara wanita paling bertuah di dunia.

Bukan sahaja ditabalkan sebagai ratu cantik Miss Universe tahun lalu tetapi dia kini juga dikhabarkan telah menjadi ratu hati Dr Mike, seorang doktor perubatan yang dilabel masyarakat sebagai doktor paling tampan di dunia.

Beberapa portal hiburan melaporkan, kedua-duanya mula berpacaran bulan lalu, malah portal Wonderwall mengesahkan Dr.Mike dan Alonzo adalah pasangan kekasih.

Kedua-duanya kini kerap berkongsi foto bersama di akaun Instagram masing-masing, selain video di aplikasi Snapchat.




Alonzo juga sebelum ini dilaporkan meletakkan status 'in a relationship with Mikhail Varshavski' di laman Facebook peribadinya, namun membuang status tersebut selepas beberapa jam ia dimuatnaik.


Namun dalam sesi Facebook Live bersama peminatnya 12 Mac lalu, Alonzo mengakui masih solo dan keutamaannya kini adalah tanggungjawabnya sebagai Miss Universe.

Dr. Mike, atau nama sebenarnya Mikhail Varshavski, merupakan seorang doktor berasal dari Russia, namun kini bertugas dan menetap di New York.

Alonzo pula menggegarkan dunia dengan kemenangan penuh kontroversinya dalam Miss Universe tahun lalu, apabila hos acara, Steve Harvey, mengumumkan nama pemenang yang salah.