PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram memuat naik foto memek muka menangis selepas Pahang tewas 2-3 menentang Kedah, Piala FA malam tadi.

Sementara itu suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang menyokong Kedah pula tersenyum gembira menerusi foto yang dimuat naik bersama penyanyi tersebut.


Siti menerusi kapsyennya seolah-olah redha dengan keputusan malam itu apabila menulis "oklaaa" ditambah emoji sedih dan menangis.

oklaaa