PELAKON jelita Nur Fazura hanya mampu tersenyum lebar apabila menerima sejambak bunga dari pelakon kacak Fattah Amin sejurus jenama rekaannya, House of Doll usai memperagakan koleksi terbaharu di acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW2017) pada Jumaat.

Rata-rata penonton yang hadir turut terkejut dengan tindakan ‘sweet’ yang dilakukan pelakon tinggi lampai itu.

Dalam pada itu, video berdurasi 15 saat yang di muat naik di Insta Story Fattah Amin mendapat pelbagai reaksi di mana peminat mereka mendoakan kebahagiaan mereka bersama.

Fazura menganggap 'langkah kontroversi’ Fattah Amin itu hanyalah kerana dia masih terbawa-bawa karakternya sebagai Tengku Ian Uzzam dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang turut mengaitkan mereka.

Fattah Amin yang mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu pada minggu lepas oleh Fazura sendiri melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian wanita itu kerana berjaya dalam bidang peragaan.

Fattah Amin yang sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Neelofa mula intim dikatakan dengan Fazura selepas mereka digandingkan sebagai hero dan heroin untuk drama bersiri Hero Seorang Cinderella di Astro Ria.