Kemenangan "Bunohan" meraih tiga anugerah pada malam pembukaan bukan penanda filem arahan Dain Said itu bakal menang anugerah utama filem terbaik.

"Festival Filem Malaysia" (FFM) ke-25 kali ini menyaksikan saingan sengit di antara "Bunohan" dan "Songlap".

"Bunohan" mendapat 13 pencalonan manakala "Songlap" mendahului dengan 15 pencalonan.

Pandangan itu dikongsikan pengulas filem, A.Wahab Hamzah yang diundang ke "Gala TV".

Pada malam perasmian, "Bunohan" membawa pulang trofi pengarahan seni, penataan bunyi dan skor muzik asal terbaik.

Sementara itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyatakan filem yang mendapat pencalonan terbanyak tidak semestinya akan menang besar.

Shuhaimi memegang rekod sebagai pengarah terbaik untuk tiga kali menerusi "Layar Lara", "Pontianak Harum Sundal Malam 2" dan "Waris Jari Hantu".

Malam kemuncak "FFM25" bakal bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria dan Mustika HD malam ini.

Klik video untuk wawancara penuh segmen tersebut.