Kena serangan jantung, AR Badul terima sumbangan daripada Finas

Kena serangan jantung, AR Badul terima sumbangan daripada Finas
Kata Samsuni, sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban anak seni itu.

PELAKON veteran, AR Badul, 70, menerima sumbangan khas daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Finas, Datuk Samsuni Mohd Nor yang hadir melawat Badul yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Kata Samsuni, sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban anak seni itu.

“Finas telah menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada AR Badul atas usaha dan jasa beliau di dalam industri perfileman dan hiburan melalui sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau,” katanya.

BACA: Badul semakin stabil, dijangka keluar hospital Khamis

Terdahulu, Badul dimasukkan ke IJN jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.


Tag: FINAS, filem, Malaysia, hiburan, AR Badul, pelawak, pelakon, pengarah, berita Malaysia, berita terkini


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.