KELIBAT aktor Farid Kamil dan adik iparnya, aktres Yana Samsudin kerap dilihat turun naik mahkamah baru-baru ini.

Kemunculan mereka berdua di mahkamah telah menyebabkan munculnya pelbagai spekulasi dan cakap-cakap orang.

Tetapi itulah sikap manusia yang selalu mempunyai sifat ingin tahu yang kadangkala boleh menimbulkan berita-berita negatif dan kurang enak.

Astro Gempak tidak mahu pembaca semua berteka-teki dan mula berfikir yang bukan-bukan, jadi kami kongsikan kisah sebenar mengapa Farid dan Yana dilihat kerap ke mahkamah sejak akhir-akhir ini.

Kemunculan Farid dan Yana yang kerap dilihat di mahkamah syariah itu adalah untuk menjayakan sebuah drama bersiri terbaru Astro Oasis bertajuk Qanun 99.

Qanun 99 mengetengahkan kes-kes yang sering dibicarakan di Mahkamah Syariah menerusi drama bersiri berdurasi 30 minit.

Untuk drama ini, kebanyakan daripada kes-kes yang diambil adalah kes-kes syariah yang lebih kepada kes-kes kekeluargaan, munakahad dan jenayah.

Farid Kamil akan memegang watak sebagai Khalil yang merupakan seorang peguam dari sebuah firma guaman untuk kes-kes syariah.

Manakala Yana Samsudin pula sebagai Zahara yang merupakan pembantu kepada Khalil.

Menariknya drama ini, ia akan memberi penerangan kepada anda terhadap proses syariah (perceraian, tebus talak, dan permasalahan agama yang lain).

Jangan lupa saksikan Qanun 99 bermula Jumaat, 5 November 2016 jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).