Kepandaian anak Zahiril, Shera tarik perhatian netizen

Kepandaian anak Zahiril, Shera tarik perhatian netizen
NETIZEN mengagumi pemikiran Anaqi serta memuji kepandaiannya di usia yang muda.
GELAGAT anak kepada pasangan pelakon, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob iaitu Nadi Anaqi menarik perhatian netizen apabila memahami keadaan ibunya yang kepenatan melakukan kerja rumah.

Perkara itu dikongsi oleh Shera menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

031218 . Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa pula tiba-tiba dia tanya macam tu. . Mommy pun jawab semula dengan soalan, ”Kenapa Anaqi tanya Mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepala dia. . Anaqi jawab, “Because Mommy asyik buat kerja. Kalau Mommy penat, rest lah sekejap.” . Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku tengah penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak sambil dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan. . Tapi bila dengar Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja. . Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia akhirat. I love you so much Anaqi!

A post shared by Shera Aiyob (@sheraaiyob) on


Rata-rata netizen yang membaca kapsyen itu mengagumi pemikiran Anaqi serta memuji kepandaiannya di usia yang muda.

"@sitikadeja: Aaa good boy Anaqi."

"@cikrah_jualemas: Alahai comel.."
"@nabilahyakub: Good boy nye Anaqi ni."

"@roszanasru: Bijak anaqi ambik hati mummy."

"@irwani_june: Anaqi understand Mommy so well."

chukieschuk: Alahai baiknya anaqi."

"@nr_ayieda: Anaqi so clever."

"@syziraazmi: Anaqi, such a brilliant boy. May Allah bless him."

"@nxaveera: Adore with his thoughtful kindness."

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang bergurau dengan menanyakan mengenai zuriat yang kedua.

"@nblh.ychikk: Bila anaqi nak dapat adik ni agaknye."

"@anismanisz: Suruh Anaqi doa supaya dapat adik gegirl boleh lepas ni tolong mummy buat kerja rumah."

Shera dan Zahiril yang berkahwin pada 20 November 2011 dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi.