Tutup

Khir Rahman pengsan di lokasi, Joey pohon doa semua

Khir Rahman pengsan di lokasi, Joey pohon doa semua
Menurut Vicha Jborn mungkin akan beraksi tanpa Khir dan pihak produksi juga sudah meminta mereka untuk menukar jalan cerita. - Foto Instagram
PELAKON dan pelawak Joey Daud memohon semua mendoakan kesihatan sahabatnya, Khir Rahman yang tiba-tiba jatuh pengsan di lokasi penggambaran.

Joey berkongsi mengenai berita kurang baik tersebut di akaun sosial Instagram (IG)nya pada Khamis dan telah mendapat reaksi daripada rakan-rakan pelawak dan selebriti tanah air.

Ketika dihubungi Gempak, Joey memberitahu dia dimaklumkan oleh pengurus Khir bahawa pelakon tersebut tidak cukup rehat.

“Khir tidak cukup rehat, makan pun tak…Tambah lagi dengan cuaca panas. Dia pula kalau buat kerja (berlakon) memang akan beriya-iya (bersungguh).
“Dia memang akan fokus pada kerja dia dan tak pedulikan benda lain sehinggalah benda yang dia buat tu selesai.

“Saya dimaklumkan Khir jatuh ketika sedang menjalani penggambaran. Doakan kesihatan Khir semoga dia cepat sembuh,” katanya.
Joey dan Khir berpasangan dalam program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Vicha, menerusi kumpulan Jborn.


Dalam pada itu, Gempak turut menghubungi Vicha untuk mengetahui tentang persembahan mereka di MLS malam ini (Jumaat).

Menurut Vicha Jborn mungkin akan beraksi tanpa Khir dan pihak produksi juga sudah meminta mereka untuk menukar jalan cerita.

“Saya dan Joey percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kami mahu Khir berehat dan cepat sembuh supaya dia boleh kembali bersama Jborn.

“Kami juga telah menukar jalan cerita untuk dibawa ke pentas MLS malam ini. Kami akan buat yang terbaik untuk Khir,” katanya.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

 Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

 1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

 2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
 
 


Tag: Instagram, Khir Rahman, Joey, pelakon, pelawak, Vicha, MLS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.